Sunday 11 December 2011

madu owhhh madu

assalamualaikum wbt.. salam isnin :)

wahh lamanye aku tak menulis kat blog ni. nak tahu kenapa aku tetiba teringin nak post kat sini? haaaa sebabnya pagi ni aku menerima mesej dari sahabat yang dah follow my blog ehehehe thanx a lot nadia, salam perkenalan ya. buat masa ni, aku memang agak sibuk dan buat2 sibuk dengan kerja hakiki. time aku menulis ni, aku sedang mendengar ceramah ustaz kazim elias via youtube tentang dosa wanita. meh aku nak share tentang dosa yang senang- senang jew orang perempuan dapat.

siapa suka madu? alaa semua diantara kita tak suka nama madu ni tapi kalau makan madu suka plak ek ehehhee aku tak lah salahkan kaum perempuan yang semuanya kurang setuju suami memadukannya..kenapa? ada dikalangan orang lelaki ni bukan main pandai. dia nak kahwin ikut sunnah katanya tapi solat, puasa, zakat..tak ikut kan? tapi ingat, ALLAH swt telah memberikan kelebihan ini kepada kaum lelaki walaupun ada yang menyalahgunakan kelebihan ini. memang sukar membahagikan kasih tapi ingatlah suami itu hak siapa? hak ALLAH bukan? maka jika dah tertulis jodohnya bukan kita seorang, berlapang dadalah wahai wanita. jangan buat perkara2 yang membuatkan kita pula yang berdosa dan jauh dari syurgaNYA.

aku nak cakap panjang lebar pun, takut melalut. apa- apa pun layan video kat bawah ni..syokkk!